Lawatan oleh TKPKR ke Klinik Kesihatan Belaga pada 14 Januari 2011

Tarikh Lawatan : 14 Januari 2011

Masa : 5.00 petang

Tempat : Klinik Kesihatan Belaga, Sarawak

Pada tanggal 14 Januari 2011, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes), Y.Bhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Bin Husin telah mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Belaga dalam memastikan semua persiapan untuk perasmian klinik berkenaan oleh YAB Perdana Menteri berjalan lancar. Beliau yang dalam rangka lawatan ke projek empangan Bakun telah meluangkan masa untuk hadir ke klinik tersebut. Beliau diiringi oleh Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan selaku wakil Pegawai Penguasa Projek, Pengurus Pembinaan Zon 5 (Sabah dan Sarawak), KPPK Unit Komunikasi Khidmat Teknikal Elektrik dan Mekanikal serta wakil dari UKKT Arkitek, Cawangan Kerja Kesihatan.

Berikut adalah gambar-gambar semasa lawatan beliau untuk meninjau persiapan bagi majlis perasmian Klinik Kesihatan Belaga.

Advertisements

Perasmian Klinik Kesihatan Belaga oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

Tarikh Perasmian : 15 Januari 2011

Tempat : Klinik Kesihatan Belaga, Belaga, Sarawak

Masa : 12.00 tengahari

Dibawah adalah gambar-gambar semasa perasmian oleh YAB Perdana Menteri. Kehadiran beliau juga diiringi oleh Ketua Menteri Sarawak, Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Kesihatan, Menteri Luar Bandar.

Klinik Kesihatan Belaga, Sarawak

Gambar hadapan klinik kesihatan.

Lagi gambar majlis jamuan UKKTE

Lagi gambar-gambar semasa majlis jamuan raya.

Jamuan Raya UKKTE

Majlis jamuan hari raya bagi Unit Komunikasi Khidmat Teknikal Elektrik telah diadakan julung-julung kalinya pada 4 hb Oktober 2010 bertempat di Tingkat 22 Midvalley.

Mesyuarat Koordinasi CKK, IPJKR & Bah Perancang dan Pembangunan KKM

Makluman,

Mesyuarat Koodinasi Projek antara Cawangan Kerja Kesihatan dan juga Bahagian Perancang dan Pembangunan KKM akan diadakan pada 7 April sehingga 9 april 2010 bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Berita akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Editor : NAN

Pegawai Baru UKKTE

 

Cik Syelly

Cik Syelly

Selamat Datang Cik Syelly Norziana,

Salam sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada Jurutera Elektrik (J41) Cik Syelly Norziana yang telah ditempatkan di Unit Komunikasi Khidmat Teknikal Elektrik. Beliau sebelum ini bertugas di bawah Unit Sumber & Latihan, CKK. Muga dengan kehadiran beliau, Unit ini akan lebih bertambah cekap dalam menguruskan projek-projek Kementerian Kesihatan sekaligus meningkatkan lagi prestasi Cawangan Kerja Kesihatan.

Sekali lagi diucapkan selamat datang buat beliau. Terima kasih.