Tahniah buat En Othman Hashim

Salam sejahtera,

Tahniah buat En Othman Hashim kerana telah dinaikkan pangkat dan ditempatkan di unit ini. Diharapkan dengan penempatan beliau yang masih kekal di unit akan menaikkan lagi prestasi unit ini. Disamping itu, kakitangan lain di unit ini juga boleh meningkatlan lagi kefahaman tentang skop kerja elektrikal berkaitan dengan peralatan perubatan diatas pengalaman beliau sepanjang bertugas di core team KKM sebelum ini.

Tahniah sekali lagi buat beliau.

Advertisements

Tahniah dan Terima Kasih Ir Aminuddin Johari

Salam sejahtera,

Sekalung tahniah dan segunung ucapan terima kasih buat Ir Aminuddin Johari yang telah dinaikkan pangkat serta bertukar ke JKR Kedah. Bakti dan usaha yang dicurahkan semasa berada di Unit Komunikasi Khidmat Teknikal dan Cawangan Kerja Kesihatan amat besar dan tidak ternilai.

Kami berharap agar Ir Aminuddin Johari akan lebih cemerlang di tempat yang baru. Ucapan tahniah dan terima kasih sekali lagi daripada unit ini.

Selamat Datang En Muhammad Fazril

Salam sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada Jurutera Elektrik (J41) En Muhammad Fazril yang telah ditempatkan di Unit Komunikasi Khidmat Teknikal Elektrik. Muga dengan kehadiran beliau, Unit ini akan lebih bertambah cekap dalam menguruskan projek-projek Kementerian Kesihatan sekaligus meningkatkan lagi prestasi Cawangan Kerja Kesihatan.

Sekali lagi diucapkan selamat datang buat beliau. Terima kasih.