Pegawai Baru UKKTE

 

Cik Syelly

Cik Syelly

Selamat Datang Cik Syelly Norziana,

Salam sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada Jurutera Elektrik (J41) Cik Syelly Norziana yang telah ditempatkan di Unit Komunikasi Khidmat Teknikal Elektrik. Beliau sebelum ini bertugas di bawah Unit Sumber & Latihan, CKK. Muga dengan kehadiran beliau, Unit ini akan lebih bertambah cekap dalam menguruskan projek-projek Kementerian Kesihatan sekaligus meningkatkan lagi prestasi Cawangan Kerja Kesihatan.

Sekali lagi diucapkan selamat datang buat beliau. Terima kasih.

Advertisements

Taklimat Teknikal – OT Table

Salam Sejahtera buat semua.

Untuk makluman, Unit Komunikasi Khidmat Teknikal Elektrik dengan kerjasama Kontraktor Utama Projek Hosp Batu Pahat telah mengadakan taklimat teknikal untuk Operating Theatre (OT) Table pada 25 Mei 2009 jam 9.00 bertempat di Bilik Gamma 1 Tkt 23 yang disampaikan oleh Pembekal/Agen Trumpf.

Taklimat ini telah dihadiri oleh kakitangan unit komunikasi khidmat teknikal elektrik, Continue reading

Taklimat Teknikal – Imaging Equipment

Salam sejahtera buat semua,

Untuk makluman, Unit Komunikasi Khidmat Teknikal Elektrik dengan kerjasama Kontraktor Utama Hosp Rehabilitasi telah mengadakan satu taklimat teknikal berkenaan dengan Imaging Equipment pada 18 Mei 2009 jam 10.00 pagi di Bilik Gamma 1 Tkt 23 yang disampaikan oleh pembekal Siemens (M) Sdn Bhd.

Taklimat ini telah dihadiri oleh kakitangan unit komunikasi Continue reading

PENDAFTARAN UNTUK PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) UNTUK KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTA KUMPULAN SOKONGAN 1 BAGI SESI 1 2009

Pihak urusetia PTK ingin memaklumkan bahawa pendaftaran untuk Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Sesi 1 2009 bagi:

i) Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (Gred J41 hingga J54)
ii) Kumpulan Sokongan 1 (Gred J17 hingga J38)

mula DI BUKA pada 15 MEI 2009 (JUMAAT).

Calon-calon yang berminat diminta untuk MEMBACA SERTA MEMAHAMI terlebih dahulu perubahan dalam PTK sebelum mengisi Borang Permohonan secara atas talian (online). Maklumat-maklumat Continue reading